Kalendar adalah perniagaan setahun sekali. Satu perniagaan di hujung tahun hinggalah dua hingga tiga minggu di bulan Januari. Kebanyakan orang, tidak suka untuk membeli kalendar dan telah menjadi kebiasaan untuk Syarikat atau Peniaga memberi percuma kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Ini merupakan satu peluang untuk anda yang meminati perniagaan percetakan untuk mencadangkan kepada sekolah dan badan-badan bukan kerajaan untuk menempah kalendar dengan anda. Terutamanya jika ada peristiwa-peristiwa penting untuk mereka.

Kalendar di dalam gambar ini adalah sebagai satu cenderahati kenang kenangan untuk warga Sekolah Kebangsaan Panchor, Pantai Remis, Perak sempena dengan 100 tahun penubuhan sekolah ini.

Saya berbangga kerana inilah sekolah saya.

Similar Posts