Berniaga pulut udang sesuatu yang unik. Idea ini saya jumpa semasa saya bercuti di Penang di sekitar Batu Feringhi. Keunikan disini ialah ianya di bakar dengan arang yang menyebabkan gerai ini menjadi tumpuan. Seperti mana yang kita tahu, masakan tradisi sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia terutama keunikan aroma pulut udang yang dibakar dengan kayu arang.

Apabila pulut udang yang di bakar di depan mata pelanggan, ranggup dan panas sudah pasti mencuri perhatian pelanggan.

Produk yang biasa tetapi di hasilkan dengan cara yang unik. Satu lagi idea untuk anda berniaga.

Similar Posts