Mari Berniaga

Street Art atau Seni Jalanan juga satu perniagaan yang di jangka lumayan pendapatannya. Di dalam keriuhan orang ramai dan pelancong bersiar-siar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, seorang anak muda berniaga hasil lukisan Street Art yang cantik dan mempesonakan. Dengan demonstrasi sepontan dan penuh kayakinan beliau beroleh keuntungan yang setimpal atau lebih baik berbanding dengan bekerja makan gaji.

Sesuatu yang menarik dengan perniagaan ini ialah ianya kurang persaingan, malahan ramai pelancong yang memberi imbuhan kepada demonstrasi dengan meletak beberapa keping wang kertas pelbagai matawang kedalam bakul khas untuk sumbangan ikhlas.

Satu idea perniagaan yang menarik, kurang risiko dan mendapat perhatian positif di mata oarang ramai.

Mari kita berniaga.

Similar Posts