mari berniaga

Perniagaan nasi lemak bungkus bukanlah satu idea yang baru. Namaun ianya tetap memberi pulangan yang setimpal dengan usaha yang di buat. Perniagaan yang mudah dan sesuai untuk sepanjang masa. Kini nasi lemak bukan sahaja sesuai untuk sarapan pagi, malahan makan malam dan juga makan tengahari juga turut sesuai. Terutama kepada golongan yang memerlukan makanan berat yang sesuai dengan pekerjaan mereka.

Jika anda tidak mahir untuk membuat nasi lemak, anda tetap boleh berniaga. Berkelobrasilah dengan pembuat nasi lemak yang lain. Contohnya, belilah secara pukal dan kemudian menjual kembali dengan mengambil sedikit keuntungan. Bila anda membeli secara pukal, sudah pasti harganya lebih murah. Untuk keuntungan yang lebih, menjual lah di tempat yang kos kehidupan yang tinggi, sudah pasti anda dapat menjual dengan harga yang lebih tinggi.

Paling mudah, jika anda bekerja, menjual lah di tempat kerja. Anda dapat membantu kawan-kawan anda untuk tidak perlu pergi kerestoran mencari makanan. Jika anda boleh menjual 20 bungkus dengan keuntungan RM0.50 sebungkus / sehari, anda sudah boleh mendapat keuntungan RM10.00 sehari.

Mudahkan….

Similar Posts