Pada satu hari semasa saya sedang minum pagi yang agak lewat iaitu sekitar jam 11.00 pagi di Bangsar, saya terlihat seorang wanita dalam usia 40an membawa dua beg plastik yang penuh dengan kelapa muda yang telah dikupas. Beliau datang dengan Perodua Kancil yang mana di dalam keretanya penuh dengan beg beg plastik yang berisi kelapa muda.

Saya anggarkan setiap plastik mempunyai antara 7 atau 8 biji kelapa muda.

Saya memerhati wanita berkenaan masuk ke restoran yang saya sedang sarapan pagi dan menuju ke peti ais untuk menyusun kelapa-kelapa muda berkenaan untuk di sejukkan. Seterusnya beliau pergi ke kaunter dan menyerahkan beberapa helai kertas (mungkin D. O dan invoice).

Kemudian beliau berlalu dengan keretanya menuju sebuah lagi restoran yang berdekatan.

Perniagaan yang menarik:

Beli kelapa muda
Kupas atau persediakan kelapa muda untuk di minum
Hantar ke restoran untuk di jual.

Sesiapapun boleh menjalankan perniagaan ini.

Similar Posts