mari berniaga + jom berniaga + buat duit

Satu idea yang belum popular iaitu dengan menjual minuman air tembikai sebiji. Idea ini saya jumpa di Pasar Gaya Kota Kinabalu.

Hanya anda memerlukan alat pemukul telur untuk menghancurkan isi tembikai menjadi air untuk di sedut dengan straw bersaiz besar. Sejukkan tembikai dahulu dengan menyimpan tembikai di dalam tong berisi air batu.

Rasa sungguh enak dan menghilangkan dahaga.

Pastikan anda menjual di tempat yang cuacanya panas, mungkin berpuluh biji sehari anda mampu menjualnya.

Perniagaan yang mudah dan berisiko rendah….

Mari berniaga kawan-kawan…

 

 

 

Similar Posts