Mari Berniaga

Andri Nasi Padang

Ini adalah antara perniagaan restoran yang unik. Sudah berpuluh tahun maju dan akan terus maju yang kini bertapak di Tanjong Malim, Perak.

Keunikan restoran ini adalah ianya di buka pada jam 1.30 tengahari pada setiap hari kecuali tutup pada hari Jumaat. Ianya ditutup sebaik sahaja makanan habis sekitar 4.00 atau 5.00 petang.

Tiada air minuman lain selain dari teh o ala ala teh cina.

Keunikan restoran ini adalah ayam kampong rendang yang lain dari yang lain yang di masak dengan kayu api atau arang yang membangkitkan aroma rendang yang sungguh luar biasa.

Menu lain semuanya sedap-sedap yang berkonsepkan makanan Padang.

Ini idea yang unik… berniaga hanya beberapa jam sudah cukup untuk kekal maju.

Similar Posts